KLIA 1 & 2 Pick Up Location:
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
KLIA 1 & 2 Pick Up Location:【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
Details>>
Industry News

Restoran Halal Terbaik Untuk Traveller Muslim Di Tokyo, Osaka Dan Kyoto

2020 / 04 / 15 6514

Written by Shazril Shukri


Secara umumnya, Jepun bukanlah sebuah negara asing dalam pemilihan destinasi bercuti untuk orang ramai. Destinasi seperti Tokyo, Osaka, Kyoto dan lain – lain pastinya menjadi pilihan dan tujuan utama jika bercuti ke Jepun. 


image.png


Selain dari tempat tinggal atau hotel yang selesa dan murah, salah satu perkara yang sering menjadi ‘ketakutan’ ketika travel adalah untuk mencari restoran yang menyajikan makanan yang enak. Untuk mereka yang beragama islam, pastinya mencari makanan yang halal adalah keutamaan. 


Sebagai sebuah negara yang penduduknya bukan majoriti dari komuniti muslim, pastinya soal pemakanan menjadi aspek utama yang perlu diambil kira. Namun, disebabkan berkembangnya industri pelancongan, kerajaan Jepun semakin-hari semakin peka dan sudah bersedia untuk menerima lebih banyak pelancong muslim. 


image.png


Jadi, mencari restoran yang menjual makanan halal bukan lagi satu masalah sekiranya anda mahu ke Jepun, lebih – lebih lagi bandar – bandar utama seperti Tokyo mahupun Osaka. 

Berikut ada beberapa pilihan restoran halal di Tokyo, Osaka dan Kyoto yang boleh dijadikan rujukan dan boleh dicuba sekiranya anda bercuti ke salah satu destinasi popular ini.

 


Restoran Halal Pilihan Di Tokyo


Salah satu makanan atau menu yang perlu dicuba setiap traveler muslim adalah ramen; dan perlu diketahui yang banyak ramen di Jepun akan disertakan dengan khinzir. Oleh itu, anda perlu berhati – hati. 

Jangan risau, kami ada menemui beberapa kedai ramen halal yang ada di Tokyo, antaranya :



#1. Shinjuku-gyoen Ramen Ouka


image.png

Terletak berdekatan Shinjuku Gyoen National Garde, Raman Ouka adalah salah satu restoran yang menyediakan ramen Halal di Tokyo. 


image.png


Ramen disini akan disertakan dengan nasi, ayam pangang dan juga yakitori. Sekiranya ramennya habis, maka kuahnya boleh digunakan untuk nasi, ini disebut sebagai ochazuke.

Status Halal : Halal (Japan Islamic Trust)

Harga : JPY 1.500 ~ JPY2.000

Waktu Operasi : Isnin – Khamis : 2 petang – 10 Malam | Jumaat : 6 petang – 10 malam | Hari minggu, cuti umum : 1 petang – 10 malam. 

Alamat : 1 Chome-11-7 Shinjuku, Tokyo

Lokasi : https://g.page/shinjukugyoen-ramenouka?share



#2. Naritaya


image.png

Jika anda berada di kawasan Asakusa, anda perlu cuba ramen di Naritaya. Selain menu specialnya iaitu ramen ayam, ia juga sediakan sup seperti miso dan juga pilihan daging. 

Kalau suka yang pedas, kami syorkan anda cuba ramen miso pedas, sambil – sambil tu, cuba makan chicken karaage juga ketika anda kesini, pasti puas hati. 


image.png


Disini juga disediakan ruang untuk solat di tingkat dua, jadi kalau dah masuk waktu, bolehlah tunaikan kewajipan dahulu sebelum teruskan explore Tokyo. 

Status halal : Halal ( Japan Islamic Trust)

Harga : Sekitar JPY900 ~ JPY1.500

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu : 11 pagi – 10 malam | Ahad : 11 pagi – 9 malam

Alamat : 2 Chorome -7 -13 Asakusa, Taito, Tokyo

Lokasi : https://goo.gl/maps/AYTa84HgTvcB3rfb7



#3. Cafeteria Spice Jaya


image.png

Terletak bersebelahan dengan Kappabashi Dougugai di kawasan Taito, cafeteria ini menjual pelbagai jenis hidangan asia dan antara menu yang boleh dicuba disini termasuklah Laksa dan Nasi Goreng! 


image.png


Menariknya, konsep yang dibawakan kafe ini ialah gaya hidup sihat dengan menggunakan rempah ratus. Jadi, amat bersesuaian dengan ‘selera Malaysia’ kita. 

Status halal : Halal (Japan Halal Foundation)

Waktu Operasi : Rabu – Ahad : 9 pagi – 3 petang. Menu sarapan 9pagi hingga 3 petang, pesanan akhir 2.30 petang. 

Alamat : 4-26-14-103, Floral Ueno Matsugaya 1st Floor, Matsugaya, Taito-ku, Tokyo-to

Lokasi : https://goo.gl/maps/gt19LMcqKZf2m9bFA



#4. Sushiken Asakusa


image.png

Restoran sushi di Jepun ibarat pemegang budaya, adat, dan tradisi negara. Oleh itu, sushi adalah makanan yang bermutu tinggi dan mempunyai nilai yang sangat tinggu untuk semua orang Jepun. 

Jadi, tidak lengkaplah perjalanan anda ke Jepun sekiranya tidak mencuba sushi.


image.png


Asakusa Shushi-Ken ini merupakan restoran pertama di Tokyo yang menyediakan sushi yang mendapat sijil Halal. Jika anda kesini, terdapat banyak pilihan sushi yang pastinya dibuat

Status Halal : Halal (bersijil)

Harga : JPY 1.200 – JPY2.200

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu : 12 tengah hari – 2 petang, 5 petang – 12 malam | Ahad, Cuti Umum : 11.30 pagi – 3 petang, 5 petang – 10 malam

Alamat : 2-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo

Lokasi : https://goo.gl/maps/gJcMjCymUw2LWS61A

 


Restoran Halal Pilihan Di Osaka

Osaka, bandar kedua terbesar di Jepun kalau diikutkan merupakan ‘syurga’ makanan di Jepun. Kalau disini, terkenal dengan takoyaki dan okonomiyaki. Selain itu, ada banyak juga makanan – makanan dari restoran halal yang pelbagai di sekitar Osaka ini.

Namun, kita fokus kepada restoran yang menyajikan makanan Jepun sahaja ya. 



#1. Chibo Diversity


image.png

Chibo Diversity merupakai sebuah restoran rangkaian dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Jepun, ia terkenal dengan sajian okonomiyaki. Menariknya, Chibo Diversity di Osaka ini merupakan outlet yang pertama menyajikan makanan mesra muslim disana.


image.png


Selain okonomiyaki, anda pastinya perlu mencuba yakisoba yang berbentuk mee goreng berserta daging, udang, sotong dan sos otafuku yang halal. Kalau nak cuba daging wagyu disini juga ada tau!

Status Halal : Bahan – bahan mentah, tiada alkohol.

Harga : JPY 1.280 – JPY10.000

Waktu Operasi : 11 pagi – 10 malam setiap hari

Alamat : 7F, 1-5-5 Dotonbori, Chuo-ku, Osaka

Lokasi : https://goo.gl/maps/jaQzXBJayqX4vmBZ6

 


#2. Yakiniku Zerohachi Matsuyamachi


image.png

Selain sushi, yakiniku juga merupakan sajian ‘original’ Jepun yang patut anda cuba sekiranya anda ke sana. Restoran BBQ Ala Jepun ini terletak di kawasan perumahan dan di Osaka, Zerohachi Matsuyamachi merupakan lokasi yang boleh dikatakan ‘hidden gem’ untuk menikmati daging BBQ halal.


image.png

Menariknya, restoran ini menyediakan konsep ‘all-you-can-eat’ dan kalau diikutkan, harganya jauh lebih murah berbanding restoran yang menyediakan konsep atau hidangan yakiniku lain di Jepun.

Status Halal : Bahan masakan mempunyai sijil halal namun ada sajikan alkohol

Harga : Bermula JPY 2.800

Waktu Operasi : Isnin – Sabtu : 11 pagi – 3 petang, 5 petang – 10 malam | Ahad : 5 petang-10 malam

Alamat : 4-21, Matsuyamachisumyoshi, Chuo-ku, Osaka-shi Urban stage APEKS

Lokasi : https://goo.gl/maps/3DS45CXkX96JoHCt8

 


#3. Halal Kobe Beef Nagomi


image.png

Sajian istimewa ‘daging Kobe’ juga boleh ditemui di Osaka sebenarnya. Walaupun ada khabar angin yang lembu untuk dijadikan ‘kobe beef’ ini diberikan bir dan sake, disini status dagingnya adalah halal.


image.png


Walaupun agak mahal, sekitar 24.000 Yen, anda boleh menikmati pilihan – pilihan potongan daging premium disini. Jika anda mahu mencuba, pastikan buat tempahan dahulu kerana restoran ini turut menjadi pilihan ramai orang tempatan.

Status Halal : Halal (Kyoto Council)

Harga : JPY 24.000 – JPY 72.000

Waktu Operasi : Ahad – Khamis : 12 tengah hari 2 petang | 5 petang – 10 malam | Jumaat & Sabtu : tutup

Alamat : 2-12-21, Nippombashi, Chuo-ku Osaka-shi, Osaka, 542-0073

Lokasi : https://goo.gl/maps/US6aH8ihWDz1KNXV6

 


#4. Naritaya Osaka


image.png


Sama seperti outlet di Tokyo, di Naritaya Osaka juga turut menyediakan pelbagai jenis hidangan halal yang terletak dengan Shinsaibashi.

Selain ramen, menu yang boleh anda dapatkan disini termasuklah masakan fusion.


image.png


Nak cuba wagyu juga boleh di Naritaya, ada disediakan menu rice bowl lagi. Pilihlah sama ada Wagyu Yakiniku, Wagyu Katsu atau steak Wagyu!

Status Halal : Halal ( Japan Islamic Trust)

Harga : JPY 900 – JPY5.000

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat : 11 pagi – 3 petang, 5 petang – 10 malam | Sabtu – Ahad : 12 tengah hari – 10 malam

Alamat : 1-7-23, Higashishinsaibashi, Chuo-ku Osaka-shi, Osaka 542-0083

Lokasi : https://g.page/Halal_Restaurant_Naritaya_Osaka?share

 


Restoran Halal Pilihan Di Kyoto

Selain Tokyo dan Osaka, Kyoto juga sering menjadi pilihan pelancong Malaysia sekiranya mahu bercuti ke Jepun. Sama seperti bandar – bandar lain, Kyoto memunyai banyak pilihan restoran serta makanan yang berstatus halal. Antara restoran yang menyediakan makanan halal di Kyoto termasuklah:



#1. Ayam­ya Karasuma


image.png


Terletak hanya 5 minit perjalanan dari pintu 24, stesyen Shijo; Ayam-Ya Karasuma ini boleh dinobatkan sebagai ‘warung’ sajian ramen terbaik di Jepun!


image.png


Tanpa menggunakan bahan pengawet tambahan, ia menyediakan menu ramen yang pelbagai dengan rasa yang pasti akan membuatkan anda mahukan lagi.

Status Halal : Halal (bersijil)

Harga : JPY 380 – JPY850

Waktu Operasi : Setiap Hari : 12 tengah hari – 3 petang, 6 petang – 9.30 malam. Pesanan terakhir diterima pada 2.30 petang dan 9 malam setiap hari.

Alamat : 1F, Douka Bld., 470, Kannondocho, Nakagyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto

Lokasi : https://goo.gl/maps/rfo3RMJmTokxLP5g6

 


#2. Halal Ramen Naritaya Gion


image.png


Sama seperti outlet di Asakusa, Naritaya Gion ini turut menyediakan pelbagai jenis ramen dan merupakan cawangan kedua selepas Asakusa. Restoran ini sangat mudah untuk dituju kerana jaraknya yang dekat dengan stesyen keretapi utama seperto Keihan Gion (5 minit), Tozai Line, Higashiyama (10 minit) dan Hankyu Kyoto Line, Kawaramachi (10 minit).


image.png


Disini, anda perlu mencuba miso ramen dan chiken karaage. Menu pilihan ramai disini! Nak gunakan kemudahan seperti ruang solat dan wifi percuma pun boleh.

Status Halal : Halal (bersijil)

Harga : JPY 300 – JPY 1600

Waktu Operasi : Setiap Hari : 11 pagi – 10 malam

Alamat : Ability Gion Bldg. 1F, 424 Rinkacho, Higashiyama-ku, Kyoto-shi, Kyoto

Lokasi : https://g.page/gionnaritaya?share

 


#3. Kiyomizu Junsei Okabeya


image.png

Salah satu makanan terkenal dan ‘wajib’ anda cuba di Kyoto ialah yudofu dan restoran Kiyomizu Junsei Okabeya ini ada sediakannya. Hanya 3 minit perjalanan dari Kiyomizu-dera Temple. Jadi, kalau lapar waktu pusing – pusing disana, datang ke sini untuk isi perut anda.

image.png


Disini turut disediakan menu set yang bermula dengan 7 jenis makanan sehingga 12 jenis makanan, kesemuanya akan disertakan dengan yudofu.

Jika mahu kesini, rancang lebih awal dan membuat tempahan sehari sebelum.

Status Halal : Menu halal (bersijil) disediakan

Harga : Set bermula JPY 2,160 – JPY 4,000

Waktu Operasi : Setiap hari : 10.30 pagi – 5 petang

Alamat : Kiyomizu 2 cho-me, Kiyomizu-dera Monzen, Higashiyama-ku, Kyoto-shi, Kyoto

Lokasi : https://goo.gl/maps/1eg6ad3YgZ1FC2AP6

 


#4. Curry Club Ruu Kiyomizudera Ninzeka


image.png

Terkenal dengan sajian Kari Jepun, hanya outlet mereka di Kyoto mendapat sijil halal. Hanya 10 minit perjalanan dari Kiyomizu-dera, restoran cawangan Kyoto ini mendapat pengesahan halal dari Nippon Asia Halal Association.


image.png


Selain itu, turut disediakan pelbagai kemudahan lain seperti ruang solat.

Status Halal : Halal (Nippon Halal Asia Association)

Harga : JPY 830 – JPY 1.030

Waktu Opetasi : Setiap hari : 11 pagi – 8.30 malam (pesanan terakhir 8 malam)

Alamat : 349-20 Masuyacho, Higashiyama-ku, Kyoto 605-0826

Lokasi : https://g.page/Curry_Club_Ruu_Kyoto?share


Jika anda mahu lebih maklumat tentang status atau senarai restoran halal di Jepun, anda boleh dapatkan di pautan:

·       https://www.halalgourmet.jp/

·       https://muslimguide.jnto.go.jp

·       https://www.halalinjapan.com/halals.html




Subscribe to Get More ROAMING MAN Information

You are visiting a {{currentName}}

You can also visit other sites for: