KLIA 1 & 2 Pick Up Location:
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
KLIA 1 & 2 Pick Up Location:【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
Details>>
News&Blogs

Senarai Pulau Paling ‘Instagrammable’ Di Malaysia

2020 / 04 / 13 5710

Written by Khai Artzfar


Cuti-cuti Malaysia, segalanya ada disini! Selepas wabak pandemik COVID-19 melanda di seluruh dunia, ekonomi pendapatan turut terjejas termasuklah Malaysia. 


Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, sedikit sebanyak boleh membantu menjana kembali ekonomi negara dengan melancong di dalam negara. Siapa cakap melancong dalam Malaysia tidak menarik? Jangan tak percaya ada diantara tempat menarik Malaysia tersenarai dan diiktiraf dunia terutamanya bagi pulau-pulau. 


Untuk itu, kami senaraikan pulau-pulau paling ‘Instagrammable’ di Malaysia, sesuai buat mereka yang suka bergambar, cinta pada pemandangan laut yang cantik dan yang paling penting semestinya mendamaikan. Jangan lupa pastikan salah satu pulau ini berada dalam bucket list anda! 


Polynesia, French Polynesia, Tahiti, South Sea, Island

Pulau Langkawi Kedah

Pulau Langkawi sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan. Boleh dikatakan ini adalah satu-satunya pulau tarikan terbesar di Malaysia dan menjadi syurga buat si shopaholic! Namun tahukah anda, salah satu tumpuan di Langkawi iaitu Pantai Tanjung Rhu mencuri tumpuan ramai kerana air di di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula begitu. Tidak hairanlah pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.     

Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.    

Selain itu,  suka untuk kami syorkan beberapa pilihan hotel dan resort cantik di Langkawi untuk anda menginap. Bukan sahaja kerana selesa bahkan disini juga sememangnya tersedia cantik dan menarik! 



Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Pulau Perhentian Kecil yang terletak di Terengganu sudah sekian lama menjadi tarikan pelancong terutamanya buat golongan remaja. Sebagai info, Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Kecil dan Besar. Semestinya Pulau Perhentian Kecil lebih popular kerana pantainya yang jernih, lokasi snorkeling yang dipenuhi dengan hidupan marin dan ianya juga merupakan satu-satunya pulau yang paling banyak dikongsi gambarnya di laman Instagram. Untuk ke sini, ianya akan dibuka sekitar Februari hingga April dan Oktober Hingga Disember. 


Pulau Redang, Terengganu

Juga di Terengganu,  Pulau Redang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana air lautnya yang jernih serta persisiran pantai diselaputi pasir-pasir halus! Jika di Pulau Perhentian menjadi tumpuan para remaja, pulau ini pula dipenuhi dengan keluarga-keluarga yang ingin meluangkan masa bersama. 


Oleh kerana pulau ini dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat, terdapat beberapa ‘spot’ menarik termasuklah mini ‘photobooth’ untuk anda bergambar. Jangan lupa kongsikan di Instagram! 


Pulau Rawa,Mersing Johor Bahru

Tidak ramai yang tahu akan kewujudan Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor Bahru. Biarpun kecil, pulau persendirian milik Sultan Johor ini sudah pasti akan membuatkan setiap pengunjung yang ke sini ingin menjejakinya semua. 


Masih dijaga rapi, pulau ini dikelilingi oleh laut dan keindahan alam, setanding kehebatan Kepulauan Maldives. Malah,pulau ini turut menawarkan lebih dari apa yang terbaik untuk peminat percutian pulau inginkan. 


Tips kami, pastikan anda berada di puncak pulau ini terutamanya pada waktu senja dan matahari terbit kerana pemandangannya cukup menakjubkan! 


Pulau Tioman, Pahang

Sebuah destinasi percutian pulau yang sudah lama terkenal. Menariknya mengenai pulau Tioman, bukan sahaja dikenali di Malaysia malah juga diseluruh dunia. Manakan tidak, pulau yang terletak di Pahang ini pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959 dan  juga dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an.


Terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih serta hutannya yang belum tercemar.Pulau Tioman juga mempunyai sejarah dan kisah lagendanya yang tersendiri. Pastikan telefon bimbit anda dicas penuh dan kamera tersedia dengan lens yang cantik kerana anda pasti mengambil gambar disetiap pelusuk pulau ini! 


Pulau Sipadan, Sabah

Pulau yang terletak berhampiran Semporna ini sentiasa menjadi idaman buat setiap rakyat Malaysia untuk ke sini. Lupakan seketika Maldives, Pulau Sipadan sendiri sudah memadai apatah lagi ianya merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 


Suka untuk kami ingatkan anda untuk bawa bersama kamera aksi (action camera), dan terokai sendiri lautan Sipadan kerana anda pasti terpesona dengan hidupan yang ada. Dikhabarkan Pulau Sipadan menjadi pilihan buat para skuba di seluruh dunia. 


Pulau Bohey Dulang, Sabah

Juga dikenali sebagai Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong, Pulau Bohey Dulang ini merupakan salah satu dari 8 pulau yang terdapat dalam Tun Sakaran Marine Park. Mengambil masa lebih kurang 30 minit dari bandar Semporna, anda pasti terpegun apabila berada di atas puncak gunung dan melihat pemandangan sekitar pulau ini. Tak sah trip ke Semporna jika tidak ke sini. 


Pulau Mabul

Akhir sekali, setelah melengkapkan perjalanan ke pulau-pulau yang lain, Mabul seharusnya tidak dilupakan. Buat pencinta pulau, Pulau Mabul sememangnya sudah lama berada dalam senarai wajib pergi. Alasan mereka, hidupan seperti Ikan Pari, Jerung dan Penyu yang aktif disini, antara sebab mengapa Mabul menjadi pilihan. Jika mereka boleh, mengapa tidak anda? 




Wifi Laju Di Pulau Menggunakan Roaming Man!

Tips! Untuk anda yang ingin mengunjungi mana-mana pulau di Malaysia dan risau tak ada rangkaian internet, apa kata langgan Roaming Man. Sebagai info, Roaming Man boleh diakses di kebanyakan tempat. Namakan sahaja dalam dan luar negara serta pulau, semuanya boleh diakses apatah lagi Roaming Man tersedia dengan jenis ‘pocket wifi’ yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.


Subscribe to Get More ROAMING MAN Information

You are visiting a {{currentName}}

You can also visit other sites for: