KLIA 1 & 2 Pick Up Location:
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
KLIA 1 & 2 Pick Up Location:【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
Details>>
Industry News

Tips Jimat Ke Koh Lipe Dari Malaysia, Anggaran Sekitar RM130

2020 / 06 / 30 3209

Written by Shazril Shukri


Terletak di daerah Satun, sebuah daerah di selatan Thailand, Koh Lipe boleh dikatakan antara pulau yang terdekat dengan sempadan Malaysia dan Thailand. Secara geografinya, ia berada dalam gugusan kepulauan Adang – Rawi di Laut Andaman. 

image.png


Jika kita buat pencarian di Google, pastinya akan keluar banyak koleksi gambar yang menggambarkan keindahan pantai pasir putih serta air yang jernih kebiruan di Koh Lipe ini. 

Koh Lipe ( disebut atau dieja juga dengan Ko Lipey atau Koh Lipeh) ini sebenarnya terbahagi atau mempunyai 3 buah pantai utama iaitu Sunset Beach di sebelah barat, Sunrise Beach di sebelah timur dan juga Pattaya Beach. 


image.png


Antara ketiga – tiga ini, Pattaya Beach merupakan pantai yang terpanjang iaitu sekitar 1 kilometer dan merupakan destinasi yang paling popular dengan deretan resort, hotel, butik pakaian dan lain – lain. 


image.png


Haad Chao Ley atau Sunrise Beach yang terletak di sebelah timur Koh Lipe ini merupakai pantai kedua terpanjang dan menghadap ke sebelah timur. Sesuai dengan namanya, anda akan ‘dihidangkan’ dengan pemandangan matahari terbit lah apabila disini. 

Jika low season, disyorkan anda ke sini disebabkan ia terlindung daripada angina monsoon. Kalau anda jenis yang suka berjumpa dengan penduduk tempatan, disini juga sangat sesuai kerana ini kawasan tumpuan mereka. 


image.png


Haad Pramong atau Sunset Beach pula merupakan kawasan pantai yang pendek, sekitar 200 meter. Tetapi disini juga merupakan tempat yang ‘paling happening’ di Koh Lipe disebabkan banyak kedai dan bar disepanjang pantai. Ala-ala Pantai Cenang di Langkawi agaknya…

Waktu Terbaik Untuk Ke Koh Lipe 

Koh Lipe boleh dikunjingi sepanjang tahun, cuma anda perlu jangkakan sedikit padat ketika hujung minggu kerana pelancong Malaysia dan Thailand sendiri akan ke sini untuk weekend getaway. 


image.png


Musim ‘high peak’ adalah dari November hingga Mei dan tempahan awal perlu dibuat sekiranya korang berhajat kesini dalam bulan Disember hingga Februari, sebabnya ini memang musim puncak. Kalau nak elakkan kepadatan ni, tunggu sekitar Mei hingga Oktober. Waktu ini, memang biasanya tidak ramai pengunjung dan pelancong pun tak ramai. 

Tips Jimat Untuk Ke Koh Lipe

Kita di Malaysia ni agak beruntung sebab lokasi pulau ini agak dekat dengan kita. Kalau anda perasan, jika ke Pantai Cenang Langkawi, di sebelah kanan anda akan nampak Koh Lipe. 

Ada beberapa cara untuk kita sampai ke Koh Lipe; pertama dan paling senang adalah terbang ke Bangkok dan ambil pakej terus, anggaran sekitar RM 700++. 


image.png


Cara kedua; ambil penerbangan ke Hat Yai, naik bas atau shuttle ke Pak Bara (sekitar 250 Baht) dan ambil feri atau bot laju ke Koh Lipe, harga sekitar 650 Bhat. Total ‘hangus’ dalam 900 Bhat je, dalam RM116 lebih kurang. 

Cara ketiga; dari Pulau Langkawi! Feri dari Langkawi ke Koh Lipe mengambil masa sekitar 90 minit. Harga bermula dari RM110 sehingga RM128 dan setiap hari, ada 4 trip dari Langkawi ke Koh Lipe. Pulul 9 pagi, 9.30 pagi, 2 petang dan 2.30 petang. 


image.png


p/s : Feri / Bot dari Langkawi ke Koh Lipe beroperasi dari Oktober hingga Mei sahaja. Dan, jangan terkejut kalau diorang mintak passport awal-awal.

So, korang ada banyak cara. Nak cepat; guna kapal terbang, tapi mahal. Nak bajet yang pertengahan, naik ETS sampai ke Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi dan teruskan ke Koh Lipe. Nak yang santai sikit, naik bas tuju ke Kuala Perlis, kendian ambil feri ke Langkawi, sebelum ke Koh Lipe! 


Subscribe to Get More ROAMING MAN Information

You are visiting a {{currentName}}

You can also visit other sites for: