KLIA 1 & 2 Pick Up Location:
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
KLIA 1 & 2 Pick Up Location:【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
Details>>
Industry News

5 Skil Baharu Yang Anda Boleh Belajar Di Rumah Dalam Tempoh PKP

2020 / 04 / 06 3141

Written by Shazril Shukri

image.png

Memasuki minggu akhir, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); pastinya ia merupakan tempoh yang sangat berasa sangat panjang dan semakin membosankan. 

image.png

Jika anda sudah kehabisan idea mahu meluangkan masa (selain perlu bekerja dari rumah), sebenarnya ada beberapa perkara yang kami nak cadangkan; ada banyak perkara baharu atau skill yang anda boleh pelajari sambil menantikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berakhir. 



#1. Belajar Bahasa Baru


image.png

Untuk kaki travel diluar sana, pastinya skill ini akan membantu anda satu hari nanti. Walaupun tempoh singkat, anggap ia sebagai permulaan dan terus belajar sehingga anda boleh hafal atau setidaknya tahu beberapa ayat perbualan mudah. 

Untuk belajar bahasa baru ini, ada beberapa aplikasi yang korang bolwh cuba di App Store mahupun Play Store, tinggal muat turun, dan belajarlah dari sana. Kalau versi website, boleh cuba di duolingo, ataupun cari bahasa yang anda nak pelajari di Open Culture. 



#2. Main Alat Muzik


Walaupun agak sukar (kerana perlukan alat muzik) pastinya mepelajari untuk bermain sesuatu alat muzik adalah salah satu skill yang boleh anda cuba sepanjang tempoh #DudukDiRumah ini. 

image.png

Boleh belajar main ukulele, harmonica dan apa sahaja yang korang hajati. Dengan syarat, tidak meninggalkan rumah dan tidak menggangu jiran sebelah. Jangan pulak dah lewat pagi pun, masih sibuk bermain dengan alat muzik anda tersebut. Marah jiran nanti!  



#3.  Belajar Kaligrafi / Melukis


image.png

Jika anda seorang yang berseni, cubalah pelajari tulisan kaligrafi. Mana tahu, nak buat kad untuk harijadi teman kerja atau teman istimewa anda nanti, setidaknya adalah jugak skil tu. 

Nak belajar secara online pun boleh, ada banyak sumber. Salah satunya adalah Procreate untuk yang gunakan iPhone, atau bukak je laman web Calligrascape. Ada banyak tutorial yang disediakan di sana. 

Kalau lukisan, anda boleh rujuk tutorial step by step yang ada di Youtube. Daripada lukisan ringkas, sehinggalah tahap advance. 



#4. Latihan Minda


Sesetengah daripada kita pastinya akn terkesan dengan lanjutan tempoh PKP yang kini berada pada minggu terakhir. Ini secara tidak langsung menjejaskan ketajaman minda dan kesihatan mental dan pemikiran sesetengah dari kita. 

Selain fizikal, kesihatan mental juga aspek yang penting; jadi untuk mengekalkan minda yang baik, ada baiknya lakukan senaman minda dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia di laman web mahupun aplikasi untuk smartphone anda. 

image.png

Salah satunya ialah laman web games for the brain. Ada pelbagai permainan yang menguji minda selain boleh mengisi masa yang ada seperti Sudoku, Chess, Permainan Perkataan dan macam – macam lagi. 



#5. Belajar Skil Baharu Dari Kursus Online


Percaya atau tidak, dengan kemudahan internet ini, kita mampu mendapatkan sijil hanya dengan belajar dari rumah. 

image.png

Menariknya, ada pelbagai platform berbayar dan percuma untuk anda pilih dan apa sahaja skill yang anda mahukan, misal contoh, belajar kursus fotografi yang ada ditawarkan secara online di Allison. Ada beberapa platform lagi kalau rajin cari, contohnya Udemy, Coursera dan lain-lain. 

Untuk mereka yang nak cuba belajar menghasilkan konten, youtube pun ada sediakan banyak kursus dan tutorial yang sangat berguna. 



Malaysia Local Broadband : Roaming Man Malaysia 

Tidak kontrak

Tidak deposit

Penghantaran percuma


Subscribe to Get More ROAMING MAN Information

You are visiting a {{currentName}}

You can also visit other sites for: