KLIA 1 & 2 Pick Up Location:
【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
KLIA 1 & 2 Pick Up Location:【KLIA Terminal 1 - Walk-in & Pick Up】 MTB-5-L14, Level 5, Departure Level, Main Terminal Building; 【KLIA Terminal 2 - Walk-In & Pick up】 Capsule Transit,Level 1 (CP1) Lot 1-5,gateway@KLIA2
Details>>
News&Blogs

Pesona Keunikan Daerah Istimewa Yogyakarta

2020 / 03 / 09 2553

By Shazril Shukri


image.png


Uniknya wilayah yang mempunyai keluasan 3,185,80 kilometer persegi ini adalah ia diperintah oleh Kesultanan Yogyakarta dan ia merupakan satu – satunya monarki yang diakui secara rasmi dan sah dalam kerajaan Indonesia dan ibukotanya dipanggil Yogyakarta, juga dieja sebagai Jogjakarta atau sering disebut sebagai Jogja sebagai singkatan.


image.png


Jogja merupakan ibukota pusat yang penting untuk kebudayaan dan kesenian klasik Jawa seperti tarian, kain batik, drama, sastera, muzik dan lain – lain. Jangan tak tahu, Jogja juga merupakan pusat pelajaran di Indonesia dan mempunyai populasi pelajar yang cukup ramai dengan lambakan sekolah dan universiti. Ini termasuklah Universiti Gadjah Mada yang merupakan institusi pengajian tinggi terbesar dan paling berprestij di Indonesia.


Secara umumnya, Yogyakarta merupakan pusat pendtadbiran Daerah Istimewa Yogyakarta (DI Yogyakarta) dan ia terbahagi kepada empat kabupaten (daerah) utama dan sebuah bandar iaitu; Kulon Progo, Sleman, Bantul, Gunung Kidul dan Bandar Yogyakarta dan menurut statistik tahun 2017, ia mempunyai populasi penduduk seramai 422732 orang dan majoritinya beragama Islam, diikuti dengan Kristian, Buddha, Hindu dan lain – lain kepercayaan.


image.png

Situs Ratu Boko


Candi Prambanan

Yogyakarta atau Jogja ini merupakan kota yang mana sektor utamanya adalah pelanconga dan ia mempunyai banyak tarikan pelancongan yang menarik termasuklah lebih daripada 500 buah bangunan yang mempunyai status Cagar Budaya (warisan budaya) dan mempunyai lebih kurang 30 buah muzium.


Untungnya di Jogja ini adalah, lokasi tarikan pelancongannya terletak tidak jauh antara satu sama lain dan salah satu faktor yang menyebabkan Jogja sering menjadi pilihan traveler ialah tarikan pelancongannya yang terletak di tengah – tengah kota utamanya seperti di Magelang dan Klaten yang mana Magelang terkenal dengan peninggalan Candi Borobudur yang mempunyai Status Warisan Dunia UNESCO.


Untuk memanfaatkan keunikan serta tebaran tempat pelancongan menarik dan ikonik di Jogjakarta, pastikan anda memilih kawasan yang bersesuaian, kerana walaupun nampak dekat dalam peta, hakikatnya perjalanan sejauh itu memakan masa yang lebih lama dan; untuk peminat filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (yang mengangkat banyak lokasi menarik di Jogja) anda boleh melawat lokasi – lokasi yang ada dalam filem berkenaan.


image.png

Situs Ratu Boko


Sebagai contoh; antara lokasi yang ada dalam filem berkenaan adalah Pantai Parang Tritis, Puthuk Setumbu, Gereja Ayam, Hutan Pinus, Keraton Ratu Boko, Klinik Kopi dan lain – lain.

 

Info Ringkas Travel Ke Yogyakarta


image.png


Dari Malaysia:

Anda hanya ada satu cara iaitu menggunakan pesawat dan ada banyak syarikat yang menyediakan penerbangan terus je Yogyakarta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


Dari Jakarta: 

Sekiranya anda berada di Jakarta dan mahu melanjutkan perjalanan ke Yogyakarta; ada beberapa pilihan jenis pengangkutan sama ada menggunakan pesawat, kereta api, bas dan juga memandu sendiri.

 

Kereta Api: 

Untuk yang ingin cuba menggunakan kereta api dari Jakarta ke Jogja; anda boleh menaiki kereta api dari Stesyen Pasar Senen di Jakarta dan menuju ke Steyen Lempuyangan (3km dari Malioboro). Anda boleh memilih daripada 8 pilihan kereta api dan harga bermula dari Rp. 160.000 (RM48 +/-) untuk perjalanan sehala.


image.png

Contoh Gerabak Kereta api Jenis Progo


Pilihan Kereta Api :

Stesyen Pasar Senen (Jakarta) – Lempuyangan (Yogyakarta)

i)                    Progo 308 – Kelas Ekonomi – Rp 160.000, (8 jam 22 minit)

 

ii)                   Jaka Tingkir 258 – Kelas Ekonomi – Rp 260.000 (8jam 41 minit)

 

iii)                 Gajahwong 144 – Kelas Ekonomi – Rp 300.000 (8 jam 23 minit)

 

iv)                 Gaya Baru Malam Selatan 112 – Kelas Ekonomi – Rp 220.000 (9 jam 28 minit)

 

v)                   Bogowonto 142 – Kelas Ekonomi – Rp 270.000 (8 jam 22 minit)

 

vi)                 Singasari 110 – Kelas Ekonomi – Rp 320.000 (8jam 54 minit)

 

vii)               Bengawan 306 – Kelas Ekonomi – Rp 74.000 (8jam 25 minit)

 

viii)              Mataram 140B – Kelas Bisnes – Rp 245.000 (7jam 55 minit)


*Harga berdasarkan pencarian pada waktu penulisan

* Tiket kereta api boleh dibeli melalui laman web tiket.com atau traveloka


image.png


Mengikut jadual; perjalanan mengambil masa sekitar 8 hingga 9 jam. Kalau nak rasakan pengalaman lain daripada yang lain, cubalah menaiki kereta apinya. Untuk keselamatan, tiket dinasihatkan beli secara online di Tiket.com ataupun Traveloka. Kalau berani, walk-in sahaja ke stesyen dan beli tiket. Cuma, jangan ditipu ya!


Menaiki Bas: 

Ada banyak terminal di Jakarta yang menyediakan perjalanan ke Jogja sebagai contoh terminal Kalideres,Rawamangun dan lain- lain. Perjalanan sekitar 12 jam dan tiket sekitar Rp100.000 (RM30 +/-). Kalau nak jimat dan nak rasa adventure, boleh cuba naik bas. Cuma tahan lah sikit 12 jam dalam bas. Macam dari Kuala Lumpur ke Kelantan atau Terengganu malam raya lah. Hehehe.


Transport Di Yogyakarta:

Setibanya di Yogyakarta, seperti biasa;ada pilihan Teksi yang sedia menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto atau lebih murah menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau Gojek.

Kalau nak berjimat dan bawa beg galas sahaja, boleh cuba menggunakan Grab Bike, atau pilihan GoBike. Biasanya kadar akan jadi separuh dari menggunakan kereta.


Sewa Kereta / Motor:

Secara jujurnya, kalau berani nak sewa kereta di Yogyakarta, silakan. Menurut pengalaman disana, tidak disyorkan! Lagi – lagi sekiranya anda tinggal di kawasan bandar yang sibuk. Keadaan trafiknya sama sibuk seperti Jakarta dan keadaan jalannya; agak mencabar.

Kadar sewa kereta bermula dari Rp.250,000 (dalam kota) untuk sehari dan boleh juga sewa menggunakan Traveloka selain banyak syarikat travel & tour yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta.



Subscribe to Get More ROAMING MAN Information

You are visiting a {{currentName}}

You can also visit other sites for: